Tuesday, December 30, 2008

credit to Mr. Fire @ ApiGolek..

entri khas ditujukn kpd AG. anyway thanks atas penganugerahan anugerah pada majlis penganugerahan rakan bloggernye....

Monday, December 22, 2008

congrates~~!!

alhamdulillah, setelah lebih berhempas pulas menghabiskan hari2 sepanjang Asean University Games (AUG_08) skrg semuanya da pun berakhir. tahniah gaklah untuk semua kontinjen Malaysia yg telah berjaya memeangai 90 pingat emas dalam keseluruhan acara. walaupun aku agak kecewa melihat skuad takraw malaysia yg hanya berjaya mendapat pingat perak, pe2 pn...kira ok la tu..huhu

mmg byk gak pengalaman yg aku dpt spnjg aku join Aug ni, berjumpa dgn org2 dr pelbagai negara, huhu dapat jugalah aku praktis BI aku yg da lama berhabuk tu, huhu...nk kata ttbe jd teror xla, tp..hmm boleh la...setakat nk bagi org paham..hihihi..tu la kerja dengan team buletin mmg btl2 best bg aku, byk bnda gak yg aku belajar psl berita, dptla kenal ngan org2 Bernama, RTM..hmm bley la nk wat networking sket2..keke

sbnrnya aku x tahu nk tls pnjg dakt cni, idea aku da byk tercurah kt tmpt lain nih, hehehe... pe2 pn...aku sgt bes spnjg aug.....jumpa lagu d' Asean University Games Cheang Mai 2010..

Monday, December 8, 2008

mak Ooiiii...!!

opocot!!! (ala-ala melatah gitu..)..bukannya apa, aku baru je balik bercuti di kampung baru-baru ni, almaklumlah walupun cuti semester dah beberapa minggu berlalu, tapi aku baru je dapat peluang balik umah..hihi..(bising2 gak la mak aku)..ye la, nak buat macam mana, dah nasib badan, banyak tugas yg tak selesai kat sini, n aku asyik out~station je, dari cameron ke Sg.Koyan (Pahang) then nasib x g Terengganu, itupn sbb kt umah ader kenduri cukur jambul si baby baru fmly aku..nama si comel tu ialah Mohd Wafiy..aku nak je amik gambor dia n letak kat entri ni, tapi ak x kasi, menurut beliau kalu amik gambo baby nnti dia lmbt membesar..sejauh manakah kebenarannya??? saksikanlah episod 'espose mistik' yg akan datang..kui3..

ok back tu da track...shadanlah kisahnya kan, kalau aku nk blk umah je, kompem aku kena tukar2 naik kenderaan awam...iaitu :-
  1. bas rapid KL
  2. Komuter
  3. LRT
  4. Bas Ekspress/ Tranasional/ Star coach (optional)
  5. bas Mara
almaklumlah aku x berapa nk kaya lagi untuk beli kenderaan sndiri,hihi... cerita pasal kenderaan awam ni, aku da naik terkejut beruk tgk harga tambang dia yang naik melambung giler..pergh..terkejut sey....

nak dijadikan cerita kenaikan harga-harga tambang kenderaan tersebut adalah seperti berikut :-
  1. Bas Rapid KL - RM1 (masih kekal)
  2. Komuter ( UKM-Bandar Tasik Selatan) - RM2.50 (kekal)
  3. LRT (Bandar Tasim Selatan - Plaza Rakyat) - RM1.70 (kekal)
  4. Bas Ekspress Star Coach ( KL- Tg. Malim) - RM 7.00 (naik dari RM5.00)
  5. Bas Mara (Tg. Malim-Sg. Tengi) - RM 5.80 (naik dari RM 3.20)

ish...yang aku terkejutnya bukan apa...tp sbb...:-

  • mengejut!!!
  • banyak sangat
  • perkhidmatan sama je
  • yg paling penting HARGA MINYAK DAH TURUN BEB!!!!!

so, apahal nak naikkan tambang plak? bil api naik gak, tp tambang komuter ngan LRT Alhamdulillah tak naik juga..kepada pengusaha-pengusaha bas, bukan ke kerajaan menyeru anda untuk tidak menaikkan tambang bas sesuka hati??? hah? hah??

sekian..

Tuesday, December 2, 2008

akhirnya sempurna~~

alhamdulillah..sebenarnya ni adalah sambungan episod 'dari puncak cameron' yg sepatutnya da smpi part III. tapi mslhnya sy x sempat nk tls ap2 entri sbb mmg ltey lps trn dr cameron. lps tu plak kena handle program perkampungan pula keesokan harinya, maka tergendalalah...tapi alhamdulillah..semuanya dpt sy sempurnakan....

tamat je hari yang mleteykan tu, sy perlu bersiap2 pula untk 1 lg kursus ketahann di Pos Betau, Sg Koyan, Pahang...ala..dekat Semai Simoi..huhu..mesti korg tk tau kn?

actually, semai simoi ialah 1 kwsn perkmpungn org asli suku semai. di sana aku n kwn2 tlh melalui byk pengalamn yg ssh jg la nk d lupakn. mana xnya, melalui kursus ketahann waktu msm2 tangkujuh ni, maunya x mencabar...

utk hr pertama je. ktrg da kne melalui xtvt river drift...wa..dgr pn da cam gerun kn??hehe..sblm tu ktrg kne melalui jln yg berlecak, berselut dan sgt la licin, terjatuh2 gak la..huhu..pasti kne lalu jmbtn buluh yg sempit da tinggi..cuak je, lps jmbtn tu brla ktrg dlpskn hanyut utk smpi ke tpk kem...jauh gak a..lbey krg 2km jaraknya, laluannya plak..pergh..bkn lurus, tp berselakoh gak la... da la ad satu2 mse tu, arus bawak kte ke tepi sg..n kt tepi sg tu plak byk kayu, buluh, balak...bahaya sangat..tp sy bersyukur gak, semuanya selamat...

mlmnya plak, ktrg kne lalui night walk, bg aku bkn ketakutn yg menjadikan xtvt mencabar tp sbb trek yg berlumpur sgtla menyukarkan perjalanan...selain daripada tu ialah anjing yang telah 'menunggu' sy di simpang masuk ke kem, membuatkan saya terpaksa berdiri lama sebelum membuat keputusann utk trskn perjalanan...

hari bekutnya ialah xtvt explorace...mmg mencabar gak xtvt ni, dlm prog ni la saya dpt lbey mengenali budaya dan adat resam masyarakat asli...antaranya yg x dpt sy lupakan ialah pegalaman kena makn sireh(wekkk) dan menyumpit serta masak nasik balut dalm buluh...bes..hahaha

klu nk diceritakan, byk lg yg bes, tp oleh kerana saya st mengantuk pd ketika ini, maka ini sajalah yg dpt sy coretkn...

oklah, smpi berjumpa lg dlm entri yg akan dtg..wassalam

Monday, November 24, 2008

dari puncak cameron part II

hayatilah....

Bismillahirrahmanirrahim
Gerakkan Hati…
Hati gerakkan…
Pandanglah aku..
aku lah dia..

Kulitku tebal..
ku kebal..
ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang..
hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang…
peta dah hilang…
bangau dah pulang…
suara sumbang..
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku bukubini ku pena..
tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum
Ikut gerak hati..
pena melayangdilihat dua layang pandang
tak lah sekarang takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul s
emua birat dan kalimah semua janji yang terikat
lebur disisimu

ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

Puisi hati mu… hati mu puisipalu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang siniku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna….

sampai sekarang aku dok mangkaji apa sebenar maksud lagu ni...

Sunday, November 23, 2008

dari puncak cameron part I

hai semua. tak dapat aku gambarkan perasaan dan suasana yang aku alami ketika aku menulis entri ni. tapi yang paling penting, aku tengah sejuk gila. mana tidaknya, melakukan aktiviti surfing internet di anjung hotel, dengan hujan yang sesekali turun rintik dan angin malam yang meniup lembut (sekarang pukul 11.54pm). memang sejuk yang tak terkata. tapi aku sengaja nak menghayati moment ni. bukan selalu dapat rasa, saja..biarlah sejuk sekajap sebab nanti bila da turun ke bawah sure aku tak akan rasa semuanya ni lagi. sesekali sepanjang berada di cameron ni (baru dua hari) aku rasa lapang juga fikiran. itupun kalau tak diganggu dengan penggilan2 telefon dan sms kerja yang sure datang tanpa diundang..huhu..redho jela..adat orang bekerja kn... tapi aku feel free here coz kurang sikit fikir pasal masalah yg aku slalu dok pk. (apa dia??)

kalau ikutkan aku bukan berada di puncak cameron sekarang ni. mungkin aku sedang berada di Kem Bina Negara Tanjung Rhu bersama peserta BTN yg lain, membincangkan senario politik yang semakin celaru..mungkin...tapi sekarang aku di sini. duduk berdiskusi dengan pelbagai lapisan orang yang berlainan genre malah berlainan fikrah tentang usul perbincangan. di sini setiap masa org berbicara soal duit...RM..RM...untung..rugi...huhu..

duduk di sini, jauh dari insan2 yg biasa mengelilingi dan mencambah fikrah aku buat aku berfikir lebih luas, aku mula merenung bait-bait lagu warisan anak kecil yang mengatakan ;

kita hanya cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
lepas tu aku mula fikir lagi bila teringat tinta yang aku pegang ;

jadilah melayu yang bijaksana
memegang tali memegang tima
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara merdeka....
pening aku..fuhhh

akhirnya aku kembali meghayati lagu terbaru M Nasir ft. Malique ;

(akan aku selitkan dalam entri berikutnya sebab cuaca sangat sejuk dan aku rasa aku kena masuk semula ke bilik hotel...rahmah sedang menanti..hehe)

entahlah, aku pun tak tahu kesudahan pemikiran aku malam ni. mungkin aku akan menyambungnya di bilik nanti bersama rahmah...(kalau akau tak tidur)

.....jauh kat sini, buat aku makin kenal erti rindu.....setia tak semestinya bersama kan??...

Friday, November 21, 2008

yeay!!!!

exam da habis yeay!!!haha...Alamdulillah aku dapat jugak lalui saat2 genting aku sepanjang bulan ni, sekarang da bley fokus kat benda lain plak...huhuhu..hey macam2 plak yg mnuggu aku lps ni, adoyai!!

welcome to a new life

Alhamdulillah, pagi tadi (2:50 am) K.ngah baru je selamat melahirkan seorang baby boy...walaupun overdue dalam seminggu, K.ngah bersalin normal gak. tak sabar rasanya nk balik kampung, nak tengok baby. tp baby tu xde nama lagi..huhu...tapi aku tak tau bile nk blk..huhu...xde mse yg sesuai lg la, nnt kena g cameron lg, pastu ade lagi..then ade lagi...huwa...sabo jela...

Sunday, November 16, 2008

iklan..


ha..korang nak tau tak?? Taman Cahaya Seri Alam yang terletak di Seksyen 8, Shah Alam merupakan satu kawasan percutian berbentuk rekreasi yang amat menarik, selain anda dapat menikmati keindahan alam yang menghijau, anda juga turut boleh melawat ke taman-taman (atau di sebut rumah2) yang disediakan. Antaranya taman herba, rumah cendawan, rumah haiwan, dan banyak lagilah..(sawah padi pun ada)...tapi bagi saya apa yang sangat istimewa kat tempat tu ialah dengan kewujudan rumah 4 musim (musim panas, musim bunga, musim luruh, musim salji).

kebetulan baru-baru ni (pagi tadi sebenarnya) saya berpeluang ke sana. dan kebetulan juga sekarang tengah musim awal musim sejuk. saya dan keluarga telah mengambil kesempatan untuk ke rumah 4 musim tersebut dan menikmati suasana awal musim sejuk yang.....menyejukkan..
haha..al maklumlah suhu dalan rumah tu seperti yang di tulis di pintu masuk adalah antara -2 sehingga -7 darjah celcius...pergh..memang tak tahan lama la kat dalam tu...
kepada anda yang teringin sangat nk merasa dunia bersalji, bolehlah melawat ke sana. Musim sejuk yang sebenar akan bermula pada Disember ini sehingga Februari nanti...
p/s :- dlu teringin gak nak stadi kt oversea konon...nk rasa main salji je padahal..haha..apa2 pun...SSSEJUKKK@$#^!!!




Wednesday, November 12, 2008

telefon..telefon berbunyi...

teringat aku last week kak long call. ingatkan apelah, rupanya nk inform Pak Uda & Pak Ahai aku xcident. pergh!! suratan ke atau kebetulan? tp yang pasti dua2 xcident kat tempat yg lain pd waktu yg dekat2 sme la gak..hurmm...(maksudnye?? pikirla sndr..hehe)

dlm kejadian tu, Pak Ude patah tulang rusuk & Pak Ahai plak patah kakinya (baca ala2 pemberita). malam tadi mase call mak, mak kata Pak Ude da mintak kuar hospital. nk g keje katanya...adoyai!! hurmm aku paham...

entahlah, takziah tuk mereka & keluarga...to Pak Ude & Pak Ahai, tunggu ea, weekend ni Ain blk kmpg bwk buah limau & epal..hehe

rindu

lagu ni nyanyian Aizat. aku tujukan kepada semua sahabat-sahabat yang pernah bersama aku tak kira dulu, kini atau bila-bila je la...

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

especially to those yg x dptkn hbskn 'perjuangan' ni bersama....i luv u all

Tuesday, November 4, 2008

bertukar....

ya Allah!!! Sedar x sedar, da masuk bulan November da pun. Means that da tiba masanya untuk aku bertukar ke exam mode....huhu

Bersediakah aku???? blurrrrrrrr........&$@*%

Sunday, November 2, 2008

hadiah dari PK

aku sakit..huhu...so, selepas membuat lawatan ke PK, dorg hadiahkan aku benda2 ni..

hobi baru..

entah kenapa sejak ambik subjek seni tampak dengan en. Afian ni, kegilaan aku untuk melukis menjadi2 plak..huhu..nak kata lukisan aku cantik, hmm...x la sangat kot, tp bley la utk plukis2 amatur mcm aku ni..setakat ni aku plg berpuas hati ngan lukisan aku yg bertajuk "The Memory:1990"..ni lukisan tuk final projek aku yg aku present kt kt en. Afian..tengoklah..original ni tau..hihi

Thursday, October 30, 2008

sunBurn..uhuk..

Sebenarnya semalam aku baru je balik dari Kursus BTN lanjutan di Kem Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak. sengal-sengal di badan pun masih tak lekang lagi. almaklumlah aktiviti yang di jalankan agak memcabar ketahanan fizikal dan mental kitorang.

Aku ke sana dengan ditemani rakan2 seperjuangan lain seperti olo, k.ecah, alan & roy. turut tak ketingalan beberapa teman lain yang juga dari UKM dan universiti lain seperti UUM, USM, UMT dan Twin Tech, Bangi.

Hari pertama, ktrg dah kena meredah utan belantara untuk sampai ke tapak perkhemahan. time tu waktu dah merangkak ke senja, daripada belakang aku berjalan ttbe tanpa aku sedari aku dah emmotong barisan. tau2 aku dah berada di hadapan sekali bersama Pak Abu dll. time tula kitorang terserempak dengan seekor 'babi' yang betul2 melintas di hadapan kami. perjalanan yang beronak duri tu juga turut di selangi dengan suara jeritan dak2 p'puan yang kena pacat. yang tak kena pacat pun menjerit gak bila tgk org lain kena pacat. pelik la aku..lelama aku jd bengang gak, rasa nk sound je, nasib baik aku ni penyabar orgnyer,paham2 mst 1st time msk utan ni..huhu

mlm tu, lepas main bom iklan ktrg rehat n esknya pd hari ke-2 ktrg bermula dgn dgn sesi ceramah (lbh cam diskusi) then de LDk sblh ptg. hari ni cam ok la gak, lagi bes sbb Pak Mazli bg chance mandi sungai, aku pn x melepaskan peluang...sejuk sey...tp malang bagi aku sbb subang aku hilag sebelah...ish...sdey la..lps LDK tamat ktrg berpindah dgn menaiki bas ke tempat seterusnya (mmg mcm nomad)

ptg tu, dekat senja gak ktrg dirikan khemah kt tepi sg. Perak. dala hati excited gak tgk air, rasa nak terjun tp aku tau BAHAYA dihadapan..huhu, then mlm tu trs ad xtvt ala2 hidden agenda la gak..bes gak la mlm tu, bersemangat roy nampaknya memperjuangkan pendapat dia yang langsung tak mendapat sokongan..hahaha

esok paginya, lepas kawad, ktrg pn buat rakit masing2..rsau gak time buat tu. takut2 rakit pecah plak dlm perjalanan nt. then, kitorg mula wat water confident. kalau tgk dr darat, jaraknya jauh gak, tapi masa hanyut tu, rasa cam sekejap je dah sampai. mgkn sbb da ad pengalamn dalam UPSM, so water confident tu kira ok je la..lps tu, ktrg mula berakit...cuaca sangat panas, terik...tp kayuhan dayung tetap diterukan, kami mendayung dan sampailan ke JPS Perak. di situ kami dirikan khemah lagi. oleh kerana sgt letih aku x sedar bila masanya ntah aku ttdo. kat atas meja plak tu. sedar2 je, org keliling aku da xde, rupanya da genap sejam aku tdo. aku pn mandi, time mandi pn derita gak, sbb muka yg 'terbakar' tu pedih rupanya kalu di sentuh..pergh..sabo je la...

ptg tu ktrg kena msk sndr, mula2 aku n da geng dlu yg gerakkan xtvt tu sbb tgu yg lain, pergh lmbt..tp ble da start rmi plak yg berlagak mcm chef. bila da ramai2 ni, aku start mls da, rmi sgt yg pndi msk, last2 aku tgk je dorg msk, sesekali aku tlg la anginkan bara..klu x smpi esk pn x msk..huhu...mlm tu ada mss LDK gak, muka msg2 da penat glerr..tp diskusi ttp berjln dgn hangat gak, tp bg aku lak, d'ujung2 diskusi tu aku da start lost da...xlarat sey, smpi bergaru2 kepala gak la rime menjawab pertanyaan A.Bob..huhu..mlm tu aku x sedar pkl brp aku tidur, apa yang aku ingat lps aku mkn penadol, letak je kepala trs aku x ingt pe2..sedar2 je da kena kejut..night walk rupanya

time 2, aku rasa ok jela..xla seram sangat kot, maybe sbb aku pn da byk kali wat n da pernah jd skuad rikki, so..ok je la..tp dlm x seram tu pn, aku cuak gak la kdg2 sbb aku tau xde urusetia yg jaga sepanjang perjalanan tu, yg ada hanya lampu kelip2 yg x bernyawa..huhu..hbs tu aku tdr lg bersama embun.

pg esknya, ntah knp bley kte semua org bgn lmbt. aku antara org yg bgn awl pg tu, so memandangkan xde org aku pn angkut la air tuk msk breakfast. sme mcm semalam, bila segala keje2 mengangkut n membasuh settle brula ade prg2 menyibuk2 kt tmpt msk tu..hey..lantak dorg la, yg penting breakfast pg tu siap huhu...pagi tu kami meneruskan perjalanan berakit utk smpi ke Ulu Kenas semula. Pak Mazli menjanjikan hamper untuk pemenang tempat pertama & kedua, semuanya tuk ktrg lbh smgt mendayung..


matahari kali ni aku rasa lebih terik..panas sey..tapi kami teruskan juga perjalanan, natijahnya, kumpulan aku dapt tempat ke-2, bes wooo...then, after lunch ktrg kena jln kaki sejauh 4 km sblm smpi ke jln bsr n tgu kenderaan tuk angkut kami balik ke kem Ulu Kenas. oleh kerana perjalanan yg sangat jauh, mcm2 aku buat bersama geng2 termasuk menyanyi, main bola, n ntah ap2 ntah..huhu so xla penat sgt...

smpi kem, Pak Mazli bgtau yg ktrg bley tdr kt katil mlm ni..wa..bes....so, ptg tu ktrg rest je, sbb mlm nnt ad majls penangguhan kursus n BBQ..serius...aku sgt bes sepanjang kursus ni..huhu...esoknya lps breakfast ktrg pn balik...

smpi je ukm, ktrg yakin mst ramai yg akn tegur 'kehitaman' kitorang ni..huhu..besela SunBurn..hehe..skang ktrg msh 'itam' lg, entah bila la nk pulih blk ni..huhu..

kt cni nk ucap TQ pd sumer yg terlibat drpd urusetia (Abg jai & da geng), Pak2 jurulatih (Pak mazli & da Geng), Fc2 ( Abg Bob & da geng), team aku (Che pa, Qish, Azim, Khairul & Acap) & semua yg terlibat...korg mmg bes!!!

warna-warni d'Aidilfitri



Salam Aidilfitri semua. sewaktu entry ni ditulis sebenarnya Aidilfitri da pn hbs. hari ni da 1 Zulqaedah pn. bukan nya apa, aku yang tak sempat nk tls entri walaupn perancangannya da seminggu berlalu.




last week, 'family' aku yg kt ukm ni wat open house, bg aku ni la open house yg plg bes sbb ktrg bley kmpl senoirs n juniors walau x semua dalan 'rumah' kami tu. so, 'rumah' yg da lama sunyi sepi tu nampaknya riuh rendah dengan org ramai. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. tapi apa yang aku harapkan kemeriahan dan kemesraan pada malam tu tak lah terhenti sampai di situ sahaja. aku mengharapkan akan ada sinar yang lebih ceria lagi pada masa akan datang. semoga warisan kami akan terus berkembang dan terus mempertahan 'keluarga' yang telah di bina oleh orang2 terdahulu. bagaimana aku menyayangi 'rumah' & 'keluarga' kami ni, begitulah juga aku harapkan warisan kami akan menyayanginya.




Thursday, October 23, 2008

cukuplah sekadar....

"...dah tak ada istimewanya pada dia, Olo. Dia dah sama dengan yang yang lain.."

Chapter 1

Aku tak tahu nak menghuraikan apa yang aku rasa sekarang macam mana. Yang penting aku perlukan seseorang untuk berkongsi tentang nya. Macam-macam perasaan bersarang dalam minda dan dada aku. Sedih, kecewa, kesian dan sekarang aku rasa aku da mula hilang respect. Selama ni, aku selalu anggap dia istimewa, lain dari yang lain, tapi baru aku sedar, dia sama dengan yang lain, tak ada yang istimewanya... Biasalah, ini lah yang dinamakan lukisan hidup.

Chapter 2

Aku faham perasaan dia. Dia tak salah. Sebab aku pn pernah berada di tempat dia walaupun tak lah seteruk dia. Tapi....entahlah...Mungkin aku ni dulu seorang yang berhati-hati. Pernah aku di tempat dia, tapi mujur tembok pertahanan hati aku ampuh lagi. Itu pun sebab aku dah ambil pelbagai langkah berjaga-jaga. Dulu bila aku mengalaminya aku selalu membanyangkan seperti aku berdiri di tepi pantai yang luas. Aku harus berhati-hati sebab pantai atau laut bukan boleh dijangka. Maka aku hadkan diri aku untuk berdiri di gigi pantai sahaja. Sesekali aku mengacah juga ke tengah pantai. Bukan apa, bila ombak besar datang aku dah bersedia untuk lari ke darat. Aku takut...Aku takut lemas, Aku takut sakit, Aku takut kecewa sebenarnya....

Chapter 3

Sekarang dia di situ. Di tengah lautan. Mungkin sedang berjuang untuk naik ke darat semula atau sedang menanti layar menyelamatkannya. Aku tak pasti. Namun maaf sekali, aku tak mampu buat apa-apa lagi. Aku terlalu serik. Terlalu serik.... Aku masih lagi berdiri di gigi pantai. Menjerit dari jauh, memberi semangat. Adalah sekali-sekala aku ke tengah menghulur kayu. Hajat untuk membantu, tapi bila ombak besar datang semula aku segera berlari semula ke darat..... Kejam kah aku sebab tak membantu..?? Teruk kah aku kerana tak mahu lemas bersama. Maaf sekali lagi, aku tak mahu terjerumus lagi, kerana dulu aku pernah..aku takut untuk sakit lagi...

Chapter 4

Aku yakin. Dia mampu melakukannya. Tapi aku, cukuplah sekadar di sini, melihat dari jauh..tapi, kalau dia betul2 memerlukan jeritlah padaku, aku pasti akan membantu, walaupun terpaksa karam di lautan, kerana dia sahabatku, kerana Dia bersamaku..

Monday, October 20, 2008

Saturday, October 18, 2008

YES!!

akhirnya.....saya jumpa juga sambungan komik "Kasih, Bukan Kau.."....kini..."Kasih Hanya Kau"


WANTED!!!!


aku tak tahu anak sapa yang sesat ni. aku tengok dia merayau-rayau...sampai letih..aku ajakla dia rehat...lepas minum susu gain plus yang olo bagi dia terus lolap...huhuhu sian tol la kan???

ssape yang mengenali dia boleh menjemputnya pulang!!...sob3...

Tuesday, October 14, 2008

da joUrney...

Assalamualaikum.

waktu entry ini ditulis aku baru je 2 hari balik dari Negeri Terengganu. Penat dan rasa sengal2 di pinggang akibat perjalanan yang jauh masih lagi aku rasakan penangannya. bukan aku sorang je, Olo pn turut terkena tempiasnya..tapi demi tugas yang harus digalas, kami RELA!!! huhu

walaupun tak lah ke mana sangat kunjungan aku ke Terengganu ni, tp sempat la juga aku pergi ke beberapa tempat yang org dok sebut2 kt Kuala Terengganu tu. merasala juga aku pergi Pasar Payang, Pantai Batu Buruk, kampung Losong (tmpt jual keropok lekor smpi x tau nk plh kt kdai mne) dan yang pastinya mestilah Seberang Takir. aku tak tahu kenapa, cuaca kat sana panas gler..terik sangat, smpi penin'2 kepala aku time wat mass marketing with kwn2...anyway...besss...hihi

anyway thanks alot la kt Shawal n family coz bg ktrg 'menumpang' kt rumah dia sepanjang ada kt Terengganu...meh tengok gegambar sepanjang kt sana....








d'Pantai Batu Buruk






d'belanja keropok lekor oleh 'cikgu'









d'McD Kuala Terengganu




with Shawal's family

tunggulah time OPKIM Dec ni....aku datang lagi ea...huhu

Friday, October 10, 2008

Semangat Baru

Setelah hampir 2 minggu pulang bercuti untuk berhari raya, kini aku telah kembali ke kampus untuk meneruskan sisa-sisa pengajian yang masih berbaki. Apatah lagi, beberapa mid term yang tertangguh telah menanti...huhuhu...patutlah macam berat je kaki aku nak melangkah meninggalkan halaman rumah hari tu. hihihi...

namun, apa yang aku harapkan kepulangan aku kali ini ada suntikan semangat baru, semoga aku rajin pergi kelas (muka aku rajin gak ponteng kelas...hehe), dan lebih semangat untuk buat kerja-kerja opkim dan D'BORN...hehe...

Dengan semangat ini, aku harap aku juga boleh kembali kepada fitrah diri aku yang asal. Macam dulu-dulu...matang dalam membuat keputusan, berfikir dengan lebih kreatif dan kritis (tetiba teringat manuskrip aku yg tak siap2 lagi tuh...hihi), dan serius dalam kerja....

go..go...Ecah boleh!!!!

Sunday, September 21, 2008

episod : bila siren berbunyi

Petang tadi saya berbuka dengan kawan-kawan dekat restoren Azura di Petronas. Kami je la sisa-sisa orang yang betah lagi tinggal kat ukm ni. Yang lain semua dah balik ke kampung agaknya.

Balik dari berbuka puasa saya dan Jai terus menuju ke blok di mana bilik kami berada. Semakin kami menghampiri kawasan blok, kami makin gusar apabila melihat kelibat 2 ekor anjing di sekitar blok. Teringat peristiwa di kejar anjing dengan Olo, Jai tidak jadi masuk ke kawasan blok dahulu sebaliknya mengambil masa sedikit dengan berlegar-legar di kawasan sekitar. Mujurlah slps beberapa ketika, anjing2 itu beredar.

Selepas melepaskan lelah beberapa ketika, saya terus menemankan Jai menyidai pakaian yang baru dibasuhnya. Memandangkan kawasan ampaian yang agak gelap maka saya mencadangkan untuk menghidupkan suis lampu di koridor berhampiran.

Sebaik sahaja saya menekan suis tersebut, tiba-tiba satu bunyi seperti bunyi siren yang amat kuat kedengaran. Saya yakin, bunyi tersebut boleh didengar di seluruh kolej. Mungkin kerana terkejut dan takut, Jai terus lari dengan wajah yang amat 'cuak'. Saya yang gugup dan tekejut juga tidak dapat berfikir dengan rasional dan terus berlari mengikut Jai. setelah beberapa langkah barulah kami terfikir untuk memadam semula suis tadi. Fuh...nasib baik siren tadi berhenti.

Kami tidak jadi menyidai baju sebaliknya pulang ke bilik dengan gelak ketawa yang tak boleh di tahan..hahaha....Mujur semua orang sudah balik. Jadi tak lah malu sangat..hahaha

Jaemah...Selamat Hari Raya....

food poisoning....

3.15 am : masuk tido (da pening2 lalat)
4.50 am : bangun sahur (cam ok sket)
makan mee segera kari cinta + nescafe 'o
5.40 am : tido balik
6.50 am : solat Subuh
8.30 am : Olo, Jai n Cik Mah kejut g kuliah...(kepala makin sakit la....silau)
9.15 am : loya....((muntah sket..wekk)
10.25 am : loya ( tahap kritikal....aku hamburkan sumenye....)
sekarang : lembik....huhuhu
sabo je la...

Saturday, September 20, 2008

Salam Sesuci Lebaran


Saat entry ini ditulis semua umat Islam di Malaysia da pun melangkah ke hari yang ke-20 dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ni. Alhamdulillah. Mesti sudah banyak amalan yang telah dibuat. Tapi janganlah ianya terhenti setakat di bulan ini sahaja, teruskanlah pada bulan-bulan berikutnya.

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua orang termasuklah sahabat-sahabat, adik-beradik, dan sanak saudara. Sengaja saya menulis entry ini awal kerana saya pun bakal pulang ke rumah esok ataupun lusa. Sudah tentu kesempatan untuk menulis di blog ini menjadi sempit.

Kepada mak dan abah, Ain mohon sembah ampun dan maaf andai terdapat apa-apa salah an silap sepanjang hidup ini. Halalkanlah segala makan dan minum atau apa-apa yang mak dan abah dah sumbangkan dalam hidup Ain. Sesungguhnya tiada mak dan abah yang terhebat di dunia ini, selain dari mak dan abah. I love U.

Untuk K.long dan keluarga, K.ngah dan keluarga, abang, adik-adik, Zue, Dibah, Iwan dan Le'a...Selamat hari Raya. Terima kasih kerana sudi menjadi dahan tatkala aku memerlukan. aku sayang korang semua. Walaupun banyak kenangan yang telah kita ciptakan bersama sepanjang 22 tahun aku hidup dengan korang, InsyaAllah satu pun aku tak kan lupakan. Terima kasih kak Long sebab sudi jadi pendengar dan banyak juga bantu aku dalam buat keputusan untuk hidup aku.

Untuk sahabat-sahabat di jabatan dan fakulti, antaranya Cik Non, Yam, Muna, Zarah, k.Anith, k.Onah, Pjul, Hadi, Anis, Pejal, Acap....(ramai sangat la) aku nk mintak maaf juga ngan korang. Dan terima kasih banyak-banyak juga atas segala pertolongan dan semangat. Semoga korang sukses dalam hidup.

Untuk 'adik-beradik' yang lain....Roy, Napie, Alan, Man, Shah, Zin, Shakeer, Shawal, Zani, Ustaz, Am, Apis, Olo, Eja, K.ecah, Cik Mah, Haf, Jai, Dayah, Eka, Pzah, Yana, Bam, Cdot, Syiera, Zila, Kiera, Nazira, Dada, Madah.....(malek dan Lin..walaupun korang dah tak bersama dalam perjuangan ni, aku tetap anggap korang adik beradik aku)..Tidak lupa semua senior2..selamat hari raya...Ingat perjuangan kita belum selesai. Memori yang terlalu banyak tak akan aku lupakan, InsyaAllah.

Kepada kawan-kawan sekolah yang masih setia berhubung, especially Eg, Ayer, Nad, Sharif dan lain-lain...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Eg, kalau ko tak datang raya rumah aku tahun ni siap ko...huhu

Dan untuk 'Dia'....Selamat menyambut Aidilfitri di rantau orang. Tidak kira sehebat mana ujian Tuhan, hadapilah dengan sabar dan redho. Sesungguhnya, orang yang diuji dan tabah menghadapinya adalah hambaNya yang beriman. Ketahuilah, bahawa tidak ramai di dunia ini yang boleh bersyukur atas ujian Allah. Dan terima kasih juga, kerana sudi menjadi teman, berkongsi rasa dan masa, walau hanya di laman maya, terima kasih atas segalanya...kalau 'Dia' membaca...dia pasti tahu siapa 'Dia'...

Akhirnya....Salam Eidulfitri, Maaf Zahir & Batin..





Thursday, September 18, 2008

Love Story ~ Where Do I Begin


malang tak berbau

hmmm..baru-baru ni kawan saya terlibat dengan xcident ketika menunggang motorsikal. ini lah hasilnya...


patah kakinya...

kaki yang telah lengkap di skru dengan besi...

unik...


suratan atau kebetulan???

dari kiri : mr_hanh, alane japare, rafie..

Wednesday, September 17, 2008